Azmil Terkencing Dalam Seluar

Kuala Lumpur – Setiap antara kita pasti punya seribu satu memori di Aidilfitri, begitu juga juara Mentor Legend, Azmil yang sekaligus mengakui tidak kering gusi apabila teringatkan kisah zaman kanak-kanaknya.

 

Tidak segan berkongsi kisah yang memalukan, anak didik kepada Dayang Nurfaizah ini mendedahkan dia pernah terkencing dalam seluar gara-gara dikejar hantu.

 

“Ketika itu saya berusia 6 tahun. Pada malam raya, abang saya meminta saya untuk membeli mercun di kawasan berdekatan rumah saya.

 

“Walaupun kawasan itu cukup terkenal dengan kisah mistiknya saya masih berani untuk membeli mercun di sana.

 

“Ketika dalam perjalanan, tiba-tiba saya terlihat satu lembaga tinggi serba putih. Oleh sebab terkejut saya lari dalam ketakutan dan tidak sedar saya terkencing dalam seluar.

 

“Paling menyakitkan hari, pada esok harinya saya dapat tahu, hantu itu adalah abang saya yang sengaja mahu menakut-nakutkan saya,” katanya. – Sinar Harian Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.