Amyra Tunjuk Bakat Menyanyi

Pelakon Amyra Rosli mengakui sejak kecil lagi dia minat menyanyi malah sudah lama mengintai peluang untuk menceburi cabang seni tersebut. Cuma halangan setakat ini ialah dia belum berkeyakinan membuat persembahan di hadapan khalayak.

 

Bagaimanapun menurut gadis berusia 23 tahun ini, dia perlu mendapatkan guru vokal terlebih dahulu sebelum merancang untuk menghasilkan single serta mengikuti kelas nyanyian bagi mengetahui kekuatan vokalnya.

 

Namun, dia cukup teruja diberikan kesempatan untuk menyanyikan runut bunyi bagi telefilem Annyeong Aidilfitri bersama Hudson, Hafreez Adam dan Theera Alias.

 

“Saya sebenarnya sudah lama meminati bidang nyanyian. Boleh dikatakan sejak kecil lagi saya memang suka menyanyi namun belum berkeyakinan untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai.

 

“Seperti berlakon, saya adalah bekas pelajar ASWARA dan mendapat didikan yang betul ketika belajar dulu. Jadi saya rasa sebelum membuat persembahan secara ‘live’, saya perlu tahu kekuatan vokal saya dulu.

 

“Oleh itu, buat masa ini saya lebih selesa menyanyi di belakang tabir dulu. Jadi apabila diminta menyanyi untuk telefilem Annyeong Aidilfitri ini, saya terus bersetuju tanpa ragu-ragu lagi,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.