Al-Quran Tertua Ditemui Di Universiti Birmingham

Birmingham – Senaskhah al-Quran dipercayai antara tertua di dunia ditemui di Universiti Birmingham, Bri­tain baru-baru ini.

 

Berdasarkan ujian radiokarbon, kitab suci itu dipercayai berusia sekurang-kurangnya 1,370 tahun sekali gus menjadikannya antara naskhah al-Quran paling awal yang pernah wujud.

 

Kitab suci itu tersimpan tanpa dikaji di universiti berkenaan hampir selama satu abad.

 

“Penemuan menarik ini akan menggembirakan umat Islam,” kata pakar Perpustakaan Britain berkaitan manuskrip lama, Dr. Muhammad Isa Waley.

 

Al-Quran tersebut katanya, disimpan bersama koleksi buku dan dokumen dari Asia Barat tanpa dinyatakan bahawa ia merupakan antara al-Quran tertua di dunia.

 

Apabila seorang penyelidik peringkat doktor falsafah, Alba Fedeli melihat secara dekat helaian al-Quran tersebut, dia membuat keputusan untuk menjalankan ujian pentarikhan radiokarbon dan keputusannya adalah mengejutkan.

 

Ujian yang dijalankan oleh Unit Pemecut Radiokarbon Universiti Oxford mendapati naskhah yang ditulis sama ada pada kulit kambing atau biri-biri itu adalah antara al-Quran tertua.

 

Ujian tersebut mendapati al-Quran itu ditulis antara tahun 568 dan 645 Masihi.

 

Penulisnya juga dipercayai mengenali Nabi Muhammad dan mendengar baginda berdakwah. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.