15 Lemas Selepas Tongkang Langgar Feri

Kaherah – Sekurang-kurangnya 15 terkorban, selepas sebuah tongkang melanggar sebuah feri di Sungai Nil, pada Rabu malam.

 

Mangsa korban termasuk dua kanak-kanak.

 

Susulan itu, polis menahan kapten dan pembantu tongkang itu, selepas nahas berlaku di utara ibu negara Kaherah.

 

Kementerian Dalam Negeri menerusi satu kenyataan yang dimuat naik ke Facebooknya memaklumkan, enam daripada 25 penumpang feri itu berjaya diselamatkan, manakala operasi pencarian masih diteruskan untuk empat lagi penumpang hilang.

 

Menurut sumber keselamatan dan hospital, ketika kejadian, ramai kanak-kanak menaiki feri itu, namun umur dua kanak-kanak lemas tidak diketahui.

 

Dalam nahas maritim terburuk pada Februari 2006, sebuah feri Mesir karam di Laut Merah dan menyebabkan lebih 1,000 penumpang mati lemas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.