Solat Jenazah Ghaib Selepas Selesai Kafan Di Amsterdam

Kuala Lumpur – Kerajaan Malaysia boleh mengisytiharkan solat ghaib dilakukan bagi jenazah Muslim yang terkorban dalam nahas MH17 selepas mayat mereka selesai dimandi dan dikafankan oleh petugas Malaysia di Amsterdam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dalam kenyataan medianya, Jamil yang juga MP Jerai berkata solat ghaib berlaku jika jenazah berada di negara atau negeri lain sama ada ia terletak jauh ataupun dekat.

“Walaupun setelah jenazah sampai di KLIA (Malaysia), tiada tegahan untuk umat Islam mengadakan solat jenazah (secara hadir) sekali lagi.

“Bagi umat Islam yang berada di negeri/ di tempat berjauhan, tetapi tidak berkesempatan untuk bersama-sama melakukan solat tersebut secara hadir, maka mereka boleh melakukan solat jenazah ghaib di tempat masing-masing,” katanya.

Seramai 43 penumpang Malaysia termasuk 15 anak kapal dan 2 bayi berada dalam pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine itu.

Setakat ini tidak dapat dipastikan jumlah penumpang Muslim yang menaiki pesawat malang itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.