Sekiranya Azizah Jadi MB, Anwar Akan Letak Jawatan

Kuala Lumpur – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa beliau akan melepaskan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor sekiranya Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi Menteri Besar.

“Saya tidak fikir saya akan berperanan sekiranya Azizah menjadi menteri besar,” katanya pada sidang media itu.

Menurutnya, pemilihan Wan Azizah sebagai Menteri Besar adalah kerana jawatan yang disandangnya di dalam PKR.

“Wan Azizah dipilih kerana jawatannya sebagai presiden parti, sebab itu Azmin tidak dipilih,” katanya sewaktu sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang, Parlimen, hari ini.

Dalam masa yang sama, Anwar turut menjelaskan bahawa pihaknya sehingga kini masih berbincang dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“PAS dan DAP secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor daripada PKR.

“Walaubagaimanapun, PAS akan membuat perjumpaan secepat mungkin serta akan mengumumkan keputusannya selepas hari raya ini,” katanya.

Turut hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat itu adalah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.