MH17: Anwar Puji Kejayaan Najib

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji tindakan pantas Datuk Seri Najib Tun Razak mencapai persetujuan dengan puak pemisah Ukraine bagi mendapatkan akses penuh ke lokasi pesawat MH17 terhempas.

Tambah Ahli Parlimen Permatang pauh itu, Perdana Menteri bertindak dengan penuh bertanggungjawab terutama dalam menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang turut terkorban.

“Saya memilih untuk memahami dan sokong (tindakan Najib) sebab saya rasa mana-mana pemimpin memilih menjaga kepentingan rakyat terkorban.

“Saya fikir tiada jalan keluar melainkan merujuk kepada kumpulan pemisah yang menjaga kawasan berkenaan,” katanya pada persidangan khas Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Menerusi perbahasannya, Anwar turut menyokong usul yang dikemukakan oleh Perdana Menteri bagi mengutuk tindakan tidak berperikamanusiaan oleh pihak tidak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Ukraine 17 Julai lalu.

Selain itu Anwar turut mendesak supaya pihak yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut supaya dihadapkan ke muka pengadilan.

Sebelum ini pendekatan diplomatik yang digunakan Perdana Menteri turut menerima pujian daripada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan menyifatkan langkah yang diambil Najib adalah terbaik bagi menyelesaikan percanggahan mengenai MH17.-mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.