MB Selangor : PAS & DAP Akan Putus Dalam Masa Terdekat

Kuala Lumpur – Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini menerima cadangan PKR untuk membuat pertukaran menteri besar Selangor dan mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

“Parti DAP dan PAS akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

“DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan menteri besar Selangor adalah daripada PKR,” menurut kenyataan bersama tiga pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka meletakkan jawatan sebagai penasihat ekonomi Selangor selepas isterinya, yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar Selangor.

Pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen hari ini, Anwar berkata, pihaknya juga sedang berbincang dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk beliau berundur secara baik.

“Kita akan bincang cara baik proses perjalanan di Selangor.

“Saya tidak fikir saya akan berperanan sekiranya Azizah menjadi menteri besar,” katanya pada sidang media itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.