Kezaliman Israel Serupa Tentera Nazi – Dr Mahathir

Kuala Lumpur – Serangan tidak berperikemanusiaan yang dilancarkan oleh tentera rejim Zionis Israel di Gaza dilihat menyerupai kekejaman tentera Nazi Jerman terhadap kaum Yahudi semasa Perang Dunia Kedua.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tentera rejim Zionis Israel menyasarkan hospital, rumah, sekolah dan masjid dengan alasan bangunan-bangunan tersebut dijadikan tempat simpanan senjata oleh Hamas.

Menurut beliau, tindakan zalim rejim Zionis juga telah mengorbankan lebih 500 penduduk Gaza manakala beribu-ribu lagi tercedera.

“Inilah Israel, mereka tiada perikemanusiaan langsung. Mereka lupa mereka dulu ditindas Nazi Jerman.

“Sekarang mereka bersikap seperti Nazi juga terhadap orang lain dengan tiada perikemanusiaan sama sekali,” katanya dalam sidang akhbar majlis penyerahan sumbangan kepada misi berkenaan di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) di sini hari ini.

Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali seterusnya menghadiri Majlis Berbuka Puasa serta Penyampaian Bantuan Hari Raya Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di lokasi sama.

Manakala di dalam perkembangan yang sama

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, mereka akan membantu pihaknya dari segi penyaluran pelbagai jenis bantuan termasuk makanan dan perubatan di Gaza.

Misi bantuan kemanusiaan kali ini turut melibatkan seramai 130,000 sukarelawan dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan di wilayah berkenaan.

Menurut beliau, kerajaan Mesir juga bersedia memberi kerjasama dengan menyediakan kawalan kepada sebanyak 65 anggota misi yang terdiri daripada doktor, sukarelawan dan pengamal media sepanjang perjalanan mereka dari Kaherah ke Rafah.

“Kumpulan pertama terdiri daripada lapan anggota dijadualkan berlepas dari Malaysia pada 6 Ogos ini dengan diketuai oleh Timbalan Presiden KP1M, Datuk Farid Hassan.

“Saya sendiri akan mengetuai kumpulan kedua yang terdiri daripada 57 anggota dan kami dijangka bertolak pada 12 Ogos ini,” katanya dalam sidang akhbar majlis penyerahan sumbangan kepada misi berkenaan di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) di sini hari ini.

Semua peserta misi akan tinggal di Hospital Khan Younis, Hospital Rafah dan Hospital Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa bagi memudahkan penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa yang cedera.

Pada majlis itu, sumbangan wang tunai RM300,000 diterima daripada Yayasan Kumpulan Mah Sing diikuti 10,000 pek makanan dan minuman bernilai RM50,000 daripada Nestle serta keperluan perubatan bernilai RM46,000 daripada Saha Technology (M) Sdn. Bhd.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail dan Duta Palestin ke Malaysia, Dr. Anwar Al-Agha.

Sebanyak 709 anak-anak yatim dari persatuan tersebut diraikan dalam majlis tersebut.

One thought on “Kezaliman Israel Serupa Tentera Nazi – Dr Mahathir

  • July 23, 2014 at 7:45 am
    Permalink

    Saya ingin jadi ahli sukarelawan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.