Kamal Adli, Intan Ladyana Nafi Hubungan Bermasalah

PENDAPATAN pelakon Jun Ji Hyun dilaporkan melonjak sebanyak RM20 juta sejak drama lakonannya Man From The Stars mendapat sambutan luar biasa daripada peminat.

Portal Soompi melaporkan angka itu meningkat selepas namanya mendapat perhatian bukan sahaja penerbit drama tetapi juga syarikat produk kecantikan yang mahu mengambilnya sebagai duta.

Malah agensi daripada China juga berminat untuk mengambil Ji Hyun berlakon dalam produksi dan iklan di negara itu.

Ji Hyun sebelum ini lebih dikenali sebagai pelakon filem namun selepas tahun 2008 dia lebih banyak mengambil projek drama bersiri yang berjaya mengangkat namanya di seluruh negara Asia.mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.