Jokowi Menang Dengan 53.15 Peratus Undi

Jakarta – Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) mengumumkan, pasangan Joko Widodo (Jokowi) dan Jusuf Kalla secara rasmi memenangi Pemilihan Umum Presiden (Pilpres) 2014 dengan pungutan suara sebanyak 53.15 peratus.

Keputusan yang diperoleh hasil daripada kiraan akhir itu pada pukul 5.15 petang hari ini merangkumi kesemua kertas undi di 33 wilayah di seluruh Indonesia.

Daripada jumlah tersebut, Jokowi – Jusuf memperoleh 70.997 juta undian berbanding pasangan lawan Prabowo Subianto – Hatta Rajasa yang mendapat 62.2 juta undian atau 46.85 peratus.

Perbezaan undi antara kedua pasangan itu ialah sebanyak 8.37 juta undian sementara jumlah kertas undi yang sah membuat pilihan pada Pilpres 2014 yang berlangsung pada 9 Julai lalu ialah lebih 132.8 juta undian.

 

Info:

Jumlah undian di 33 wilayah:
Jokowi – Jusuf Kalla: 70.633.594 (53.15 peratus)
Prabowo Subianto – Hatta Rajasa: 62.262.844 (46.85 peratus)
Jumlah suara sah: 132.896.438

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.