David Teo Tiru Psy Oppa Gangnam?

BIASA kalau kita lihat dalam industri seni tanah air, kebanyakan penyanyi akan terjun ke bidang lakonan dan begitu jugalah sebaliknya. Kini penerbit filem terkenal, David Teo membuat percubaan berani dengan mengeluarkan single pertamanya yang berjudul Kacang.

Menariknya lagi, idea asal lagu ini datang dari dirinya sendiri sebelum mendapat sentuhan Cat Farish yang berkonsepkan rap. Ia turut menampilkan Fida Ibrahim bergandingan dengannya.

Bercerita tentang bait-bait lirik dalam lagu nyanyiannya itu, kebanyakannya berkisarkan perihal seperti kacang lupakan kulit’ dan seolah-olah David sedang memerli seseorang melalui lagu.

Saya tidak tujukan lagu ini kepada sesiapa. Lagu ini hanyalah satu bentuk hiburan semata-mata. Saya buat lagu ini berdasarkan pengalaman saya sendiri sahaja.

Kalau dilihatkan saya amat suka berpantun, jadi saya cuba masukkan elemen pantun ke dalam lagu tersebut.

Lagu ini sekadar suka-suka sahaja dan bertujuan untuk mendidik masyarakat agar tidak menjadi seperti peribahasa tersebut dan dapat beri satu pengajaran berguna pada masa hadapan dan sentiasa positif.

Pemilihan Fida juga selepas melihat penampilannya berduet dengan Datuk AC Mizal dalam lagu Apo Kono Eh Jang dan mendapat tempat di hati peminat,”katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut tentang klip video lagu ini, David membelanjakan sejumlah RM25,000 bagi menghasilkan video yang terbaik buat penonton.

Penggambaran klip video ini dilakukan di sekitar One City Skypark Mall, Puchong dan menggunakan peralatan sama seperti ketika penggambaran filem.

David turut membidas segala kenyataan dari sesetengah pihak yang mengatakan dirinya meniru idea asal dari penyanyi terkenal Korea iaitu Psy.

Saya tidak meniru, kalau sesiapa yang sudah menonton klip video lagu ini, pasti akan tahu tidak ada persamaan pun. Psy ada identitinya sendiri.

Bila saya lihat kemunculan Psy, saya lihat ramai yang boleh terima konsep yang dibawanya. Jadi saya cuba untuk tampil sedikit berbeza dengan memberikan mesej melalui lagu sambil penonton berhibur.

Sejak klip video nyanyiannya dimuat naik dalam laman sosial Youtube, jumlah tontonan klip video tersebut telah mencapai seramai 70,260 tontonan dalam hanya 15 hari sahaja dan ini ternyata mengejutkan buat David.

Saya amat terkejut dengan sambutan peminat, saya ingat tidak akan dapat sambutan, tapi ternyata saya salah.

Setiap kali filem saya akan keluar, kami akan muat naik trailer di dalam Youtube, namun jumlah tontonan pun hanya mencecah 15,000 dalam masa sebulan,” jelasnya panjang lebar.

David turut berharap penonton memahami setiap lirik lagu yang disampaikan dan tidak tertumpu kepada suaranya.

Saya sampaikan lagu ini menggunakan ‘slang’ yang biasa saya gunakan dalam kehidupan harian dan alunan muzik juga lebih kepada segar. Jangan dengar pada suara, tapi dalami maksud lirik ini,” ujarnya, serius.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.