Cristiano Ronaldo Enggan Dedah Siapa Ibu Kepada Anak Luar Nikahnya

Lisbon – Anak Cristiano Ronaldo yang berusia empat tahun masih tidak tahu siapa ibunya yang sebenar dan keluarganya tidak merancang untuk memberitahunya, lapor The Mirror.

Kakak Ronaldo, Elma, mendedahkan bahawa Cristiano Jr, yang dipanggil Cristianinho sudah tidak lagi bertanya mengenai ibunya selepas mereka memberitahunya dia sudah mati.

“Pernah kami memberitahu Cristianinho bahawa ibunya kini di syurga. Tapi Ronaldo dan ibu saya melarang saya mengulanginya.

“Kami kini akan memberitahu dia ibunya melancong. Ia membuatnya diam dan melupakannya serta tidak lagi bertanya soalan,” kata Elma.

Bintang Real Madrid yang berusia 29 tahun itu mempunyai anak berkenaan hasil hubungan dengan seorang wanita yang tidak dikenali pada 2010.

Cristianinho tinggal bersama Ronaldo dan ibunya Dolores di Sepanyol.

Dolores berkata, Ronaldo bertegas mahu anaknya tidak mengetahui siapa sebenar ibunya.

Bagaimanapun, Elma berkata jika suatu hari nanti apabila anaknya sudah dewasa dan Cristianinho tetap ingin mengetahui siapa ibu kandungnya, ia terserah kepada Ronaldo untuk memberi jawapannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.