Che Ta Dedah Jantina Anak

Kuala Lumpur – Satu lagi berita gembira selepas kelahiran bayi perempuan pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, kini tiba giliran dramatis terkenal Rozita Che Wan mengumumkan jantina anak yang dikandungnya.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta mendedahkan perkara itu menerusi rancangan hlive! terbitan Astro.

Che Ta yang turut ditemani suaminya, Zain Saidin kelihatan ceria dan gembira ketika mengumumkan perkara itu.

“It’s a girl. Bagi saya, ia sangat mengembirakan. Sebenarnya saya sudah beli gaun untuk anak saya. Jadi apabila lahir nanti, dia terus pakai gaun,” katanya.

Dia yang kini hamil 6 bulan dijangka bersalin ketika awal November akan datang.

Sebelum ini, aktres Fasha Sandha turut mendedahkan bakal melahirkan anak perempuan juga pada November depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.