Briged Izzuddin al-Qassam Berjaya Bunuh 23 Tentera Israel

Gaza – Kumpulan pejuang Briged Izzuddin al-Qassam mengesahkan bahawa pihaknya berjaya membunuh seramai 23 askar Israel dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

Menurut laporan yang disiarkan Aman Palestin, Briged Izzuddin berjaya menjalankan operasi menyelinap ke belakang barisan tentera musuh.

Selain itu, pihaknya juga mendakwa telah berjaya menghancurkan 8 mesin pengangkutan dan meletupkan beberapa bangunan yang dihuni oleh askar musuh.

Menurut laporan GazaNow, bedilan meriam Israel menghentam kilang cat milik keluarga Aabid di kawasan Zuwaidah dan bedilan lain jatuh menghancurkan menara Masjid Arrahmah yang terletak di Tengah Gaza.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

Israel selepas itu sekali lagi mensasarkan serangan bedilan meriam ke sebuah rumah di Timur Barakah Hayyu Syeikh Riduan di tengah Gaza manakala pesawat Israel pula mensasarkan serangan ke sebuah rumah milik pimpinan Hamas, Nizar Ewadullah yang terletak di kawasan perumahan tepi pantai Barat Gaza.

Dalam pada itu, Briged Izzuddin al-Qassam turut melancarkan empat buah roket M75 ke arah Jurusalem tengah hari tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.