Tiada Perjanjian Rasmi Serah Jawatan PM Kepada Anwar – Rais Yatim

KUALA LUMPUR — Veteran politik Tan Sri Rais Yatim mendakwa tiada perjanjian rasmi presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan perdana menteri.

Bekas menteri itu meragui jika Tun Dr Mahathir Mohamad mahu berbincang tentang pelan itu walau pemimpin Pakatan Harapan mahu berbuat demikian, lapor The Star.

“Saya tidak nampak terdapat perjanjian itu. Ini politik, tiada perjanjian kecuali ada hitam putih,” kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Walaupun PH bercakap mengenai hal ini, namun tiada yang konkrit Anwar akan menjadi perdana menteri selepas dua tahun.”

Katanya rakyat berhak menentukan siapa yang layak dan Dr Mahathir dilihat seakan mahu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjadi pengganti.

Sementara itu Anwar berkata tidak perlu untuk mendedahkan semua perkara berkaitan perjanjian peralihan kuasa dengan Dr Mahathir, lapor Malaysiakini.

“Tak payah umum semua. Saya berpuas hati dengan beberapa pertemuan saya dengan Dr Mahathir, dan benda ini selesai. Nak korek (isu ini) ajak gaduh tu nak buat apa.

“Kamu tidak boleh minta seorang penyandang perdana menteri untuk beritahu pelbagai hal dalam soal peralihan kuasa,” katanya. – msn news

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.