MCA Terus Komited Kekal Bersama BN

MCA komited untuk kekal dalam Barisan Nasional (BN) dan tiada perancangan meninggalkan parti itu kata jurucakap publisiti MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker.

Ti berkata, kelangsungan BN kini bergantung kepada kepimpinan baharu yang dibentuk selepas pemilihan parti komponen.

“MCA akan kekal bersama BN buat masa ini. Kita kini kembali ke zaman (parti) Perikatan di mana UMNO, MCA dan MIC berkhidmat sebagai jambatan merapatkan jurang antara kaum di negara ini.

“Kita tidak perlu tergesa-gesa membuat keputusan selepas kekalahan mengejut pada pilihan raya baru-baru ini, kerana masih banyak masa untuk mengatur gerak langkah seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, BN perlu kekal bersatu dan tidak bertelagah sesama sendiri kerana gabungan berkenaan sudah terbukti mencipta pelbagai kejayaan sejak sekian lama.

“Dalam situasi ini, kita perlu menahan diri dan bersabar serta mengambil langkah yang bijak untuk maju ke hadapan.

“Kita tidak perlu merobohkan rumah hanya kerana terdapat atap yang bocor,” katanya. – HMetro

One thought on “MCA Terus Komited Kekal Bersama BN

  • June 26, 2018 at 1:54 pm
    Permalink

    MCA ,MIC,PARTI2 GABUNGAN ELUK KELUAR JER…TERPALIT KOTORAN UMNO…. MUAK MELUAT BENCI…. MERUDUM…… UMNO ROSAK HANCUR….MUSNAH…. RAKYAT BENCI…. ROMPAK DUIT RAKYAT…. RAMAI2 PAKAT KELUAR ……LEBIH BAIK …

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.