Guan Eng Hampir Menangis, Gagal Pujuk Mahathir Lantik Sepupu Jadi Menteri

IPOH – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dikatakan hampir menangis apabila gagal mengotakan janjinya untuk memastikan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menganggotai jemaah menteri dalam kerajaan baru Pakatan Harapan (PH).

Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP memaklumkan perkara itu kepada Nga sebelum mempengerusikan mesyuarat tergempar parti semalam.

“Beliau (Lim) hampir menitiskan air mata disebabkan gagal memujuk ‘orang lama’ itu melantik Nga sebagai menteri,” kata sumber akhbar Malay Mail yang merujuk kepada Dr Mahathir.

Sumber tersebut turut mendedahkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak untuk melantik Nga yang juga merupakan sepupu kepada Guan Eng kerana dikatakan pernah mengeluarkan komen yang berbaur rasis.

Ketika kempen pilihanraya yang lalu, Nga memaklumkan kepada pengundi bahawa DAP akan mempergunakan Mahathir bagi mengalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum Pengerusi PPBM itu meninggal dunia.

DAP dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan Dr Mahathir itu.

“DAP tidak wajar dilayan begitu kerana sudah menyumbang banyak kerusi membolehkan PH memenangi pilihan raya lepas,” kata sumber itu lagi.

Pilihan raya umum (PRU) lepas DAP menyumbang 42 kerusi parlimen, manakala PKR yang menang sebanyak 50 kerusi berbanding PPBM yang hanya mampu meraih 12 kerusi.

DAP juga turut berjaya menyapu bersih 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berbanding Parti Amanah Negara (6), PKR (4) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (1).

DAP Perak sebelum ini didakwa mempunyai dua kem; satu diketuai Kulasegaran dan ahli parlimen Kampar Thomas Su dan satu lagi diketuai Nga dan sepupunya Penasihat DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham.

“Pihak sana menang,” kata sumber tersebut merujuk kepada ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran yang dilantik menjadi menteri sumber manusia.

One thought on “Guan Eng Hampir Menangis, Gagal Pujuk Mahathir Lantik Sepupu Jadi Menteri

  • June 24, 2018 at 10:05 am
    Permalink

    TAKPE YB LGE ADA REZEKI DAN PELUANG NANTI DAPATLAH APA2 JAWATAN…. YB DAH USULKAN TAPI PM TAK SETUJU…MGKN PM BAGI LAIN JAWATAN BILA ADA KOSONG NANTI…..DONT WORRY ALL THE BEST TO PH…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.