Chef Wan Pertikai Keputusan Kerajaan Larang Tukang Masak Warga Asing

KUALA LUMPUR, ― Chef Wan tidak bersetuju hasrat kerajaan mewajibkan restoran mengambil tukang masak tempatan tidak lama lagi.

Cef selebriti itu berkata ia tidak patut menjadi isu kerana tukang masak Malaysia juga diperlukan di luar negara.

“Kerajaan sepatutnya memikirkan dan meneliti semula perkara tersebut dan tidak seharusnya terburu-buru dalam membuat keputusan.

“Ia bukan sahaja melibatkan ratusan malahan ribuan tukang masak negara-negara tertentu yang kebanyakan telah berkhidmat di negara ini bertahun-tahun lamanya,” katanya seperti dilapor Kosmo!.

Chef Wan, nama popular Datuk Redzuan Ismail, menegaskan lagi pun kerjaya itu memerlukan kepakaran yang harus dipelajari dalam tempoh tertentu.

Pernah berkhidmat 14 tahun di luar negara, ujar beliau, khidmat tukang masak asing juga sudah lama digunakan di negara maju.

Ia seperti di England, Amerika Syarikat dan Jepun, katanya. – ProjekMM

One thought on “Chef Wan Pertikai Keputusan Kerajaan Larang Tukang Masak Warga Asing

  • June 24, 2018 at 10:00 am
    Permalink

    TAKYAH AWAK SIBUK2 ….AWAK DUDUK LUAR MALAYSIA LAH LAGI BAIK? MEMANG BETUL TAK BERSIH TAK SELAMAT WARGA ASING JADI TUKANG MASAK KER, PENGAWAL KESELAMATAN KER, BAGI RAKYAT MALAYSIA KAN BAGUS DAN BERFAEDAH… BYK WARGA ASING KERJA ,,SINGKIR DAN BUANG KERANA KITA ADA BEKAS2 POLIS,TENTERA ,PLKN,RELA ,WATANIAH BAGILAH MEREKA JAWATAN INI…..RATA2 PATI ADA DIMALAYSIA INI…. INI NEGARA KITA? TERLAMPAU BYK KES2 SALHLAKU PATI INI..NEGRO INI PATUT HARAMKAN TERUS MASUK MALAYSIA KERANA JENAYAH MEREKA! AMBIL TINDAKAN WAHAI PIHAK2 BERWAJIB…SEBELUM RAKYAT SENDIRI AMBIL TINDAKAN SENDIRI SBB SAKITHATI …SERBUAN TANGKAPAN IKUT MOOD ,MUSIM????? TANGKAP MASUK PUN MAKIN BANYAK….! APA SUDAH JADI???? FIKIR2KAN LAH…. SAMPAI BILA MALAYSIA AMAN DARI KEBANJIRAN PATI2 BERSEPAH2 DI SINI….! SAMPAI BILA…SAMPAI BILA…SAMPAI BILA….!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.