Ashraf Wajdi Dahului Pemilihan Ketua Pemuda Umno

KUALA LUMPUR – Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dikatakan telah mendahului lapan calon lain dalam pemilihan Pemuda Umno yang berlangsung pada hari ini.

Menurut sumber Umno yang menghubungi SuaraTV sehingga petang tadi, Ashraf berjaya memperolehi 30 undi berbanding Senator Khairul Azwan Harun 6 undi, Mohd Shahar Abdullah 6 undi dan Datuk Seri Jamal Yunos 1 undi.

Manakala calon-calon lain sehingga masih gagal meraih sebarang sokongan di peringkat Pemuda Umno bahagian.

Berikut adalah senarai keputusan undi yang telah diperolehi:

*Asyraf Wajdi*
1. Kuala Krai
2. Pasir Mas
3. Kubang Kerian
4. Gua Musang
5. Jeli
6. Dungun
7.Alor Setar
8. Sepanggar
9. Beufort
10. Semporna
11.Batu Sapi
12. Sipitang
13. Ranau
14. Kota Kinabalu
15. Papar
16. Tuaran
17. Silam
18. Kimanis
19. Tenom
20. Kota Marudu
21. Beluran
22. Labuan
23. Muar
24. Kota Tinggi
25. Johor Bharu
26. Batu Gajah
27. Ipoh Timur
28 Segambut
29. Pensiangan
30. Kuala Kedah

*Azwan Bro*
1. Merbok
2.Putatan
3. Jelutong
4.Tanjung Malim
5. Lenggong
6. Sepang

*Shahar*
1. Kampar
2. Pagoh
3. Hulu Selangor
4. Hulu Langat
5. Kepala Batas
6. Kuala Selangor

*Jamal*
1. Sungai Besar

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihan maklumat tersebut.

Umno Malaysi dijangka mengumumkan keputusan rasmi mengenai pemilihan tersebut selewat-lewatnya jam 10 malam ini.

Pemilihan Umno kali ini bakal menyaksikan 191 bahagian bersidang dan memilih pelbagai jawatan di peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi parti serentak di seluruh negara.

Pemilihan itu melibatkan pertandingan secara terbuka untuk semua jawatan dalam parti bagi menentukan hala tuju baharu selepas kalah dalam PRU14 lalu. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.