Wak Doyok Dikecam Kerana Dianggap Berlagak Tayang Butang RM33 Ribu

Sudah menjadi lumrah segala tindak tanduk seorang selebriti agak di pandang oleh masyarakat khususnya netizen di laman sosial sehingga ada yang dikecam.

Begitu juga dengan Wak Doyok yang dikecam oleh netizen apabila beliau memuat naik gambar sehelai baju Melayu dengan butang yang didakwa bernilai Rm33 ribu.

Melalui satu entri di akaun Twtter miliknya,@Wak_Doyok, beliau telah memuat naik sehelai baju melayu dengan memakai butang yang berharga Rm33 ribu itu beserta ‘caption’.

“Nampak tak? Ini harganya RM33 K,” tulisnya.

Tindakan tersebut menyebabkan netizen kurang selesa dan menganggap bahawa Wak Doyok sebagai berlagak dan menayang kemewahannya.

“”Wak Doyok ni meniaga apalah kaya sangat? Butang baju Melayu saja dah RM30,000, zakat harta tak tahulah berapa keluar tu,” soal @TheLarats.

“”Butang baju Melayu Wak Doyok kalau bagi aku gadai memang langsai hutang PTPTN sekali gus. Allahu,” tulis @Anne_Schahieyra.

“Butang baju melayu harga 33k, tapi solat duduk SAF paling belakangsebaris dengan budak-buda nak buat ape wak,” ujar @HAyDAr68784635.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.