Syed Saddiq Berdepan `Pemberontakan’ Dari Dalam Armada

Salah seorang Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kekayaan luar biasa anak kepada Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Exco berkenaan, Abd Wahazir Abd Wahabi, berkata pihaknya mahu SPRM menyiasat kekayaan itu serta pemilikan syarikat oleh empat anak Dr Mahathir iaitu Tan Sri Mokhzani, Mirzan, Datuk Seri Mukhriz dan Datin Paduka Marina yang didakwa keseluruhannya berjumlah 488 syarikat.

Melihat kepada keadaan berkenaan, ia mencetuskan persoalan sama ada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini layak mengetuai Armada?

Yang pasti Syed Saddiq kini berdepan dengan `pemberontakan’ secara terbuka dalam parti dan tidak mampu mengawalnya. Beliau juga tidak lagi mendapat sokongan ahli exconya sendiri.

Sebelum ini Abd Wahazir dan salah seorang lagi exco PPBM, Mohd Hafiz Azhari telah tampil secara terbuka untuk mendesak Mahathir dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab isu yang dikaitkan dengan mereka.

Mahathir diminta menjelaskan kekayaan anaknya manakala Muhyiddin pula diminta menjawab tuduhan skandal dengan Nika Gee.

Sebagai pemimpin Armada, Syed Saddiq perlu menjawab isu-isu yang dikemukakan oleh exconya, bukan mengalihkannya dengan membangkitkan isu yang dibawa oleh exco berkenaan.

Baru-baru ini, penulis blog, Raja Petra Raja Kamarudin mendakwa Syed Saddiq memberitahu ahli-ahli exco Armada bahawa Mahathir dan penyokongnya membelanjakan RM50 juta untuk merangka saman Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat itu.

“Apa yang kita tahu ialah Syed Saddiq ada dalam pertemuan dengan Mahathir dan Tun Daim Zainuddin merancang pengumuman AS-DoJ pada 15 Jun 2017.

“Selepas mesyuarat dengan Mahathir dan Daim, Syed Saddiq memanggil tiga orang Exco Armada untuk memberi penjelasan mengenai apa yang akan berlaku.

“Syed Saddiq juga memberitahu tiga Exco Armada bahawa RM50 juta dibelanjakan untuk operasi ini (ada yang disalurkan kepada Sarawak Report) dan Yayasan Clinton menerima AS $5 juta, atau kira-kira RM22 juta daripada RM50 juta itu, dan Daim yang menyusun pembayaran itu melalui ‘orang tengah’,” dedah Raja Petra dalam artikel bertajuk “Syed Saddiq Knew The US-DoJ Attack Was Coming”.

Syed Saddiq kemudiannya membuat laporan polis terhadap Raja Petra kerana menuduhnya mendalangi saman DoJ berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun Raja Petra menyifatkan laporan itu sebagai memakan diri.

Ini kerana kata Raja Petra, selepas laporan dibuat, polis akan menjalankan siasatan dan mengambil kenyataan daripada­nya dan seterusnya mendedahkan na­ma ketiga-tiga exco PPBM yang diberitahu Syed Saddiq me­ngenai maklumat DOJ itu sekali gus bakal turut mengheret kesemua mereka dalam kes tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.