Struktur Kepimpinan Gagal Dipersetujui, Pakatan Harapan Tunda Lagi Pendaftaran

PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) masih belum sedia didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) disebabkan beberapa perkara belum diselesaikan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti dalam PH sedang melakukan perbincangan berhubung struktur barisan kepimpinan sebelum dipersetujui secara konsensus oleh PKR, DAP, Amanah dan PPBM.

“Kita masih bincang antara sama lain sebelum konsesus antara 4 parti dipersetujui bersama,” katanya memaklumkan pendaftaran secara rasmi jawatankuasa itu akan dibuat selepas cuti hari raya.

Sebelum ini, Dr Wan Azizah berkata, senarai kepimpinan PH akan diumum dan didaftarkan kepada RoS selewat-lewatnya sebelum raya.

Sementara itu, Dr Wan Azizah enggan mengulas mengenai kontroversi calon perdana menteri di pihak pembangkang, dengan berkata pakatan itu perlu memenangi pilihan raya terlebih dulu.

“Kita menang dulu, nanti kita boleh cakap siapa yang nak jadi perdana menteri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. – Fmt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.