Rizab Bank Negara Meningkat Kepada RM436.1 Bilion

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$98.7 bilion (bersamaan RM436.1 bilion) pada 15 Jun, 2017, berbanding AS$98.0 bilion (bersamaan dengan RM433.3 bilion) yang dicatatkan pada 31 Mei, 2017.

“Paras rizab ini mencukupi untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan adalah 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek,” menurut BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$92.3 bilion), paras Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.0 bilion).

Aset bank pusat termasuk emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM436.076 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM4.128 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM5.730 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.630 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) serta aset lain (RM7.316 bilion).

Liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM150.482 bilion), mata wang dalam edaran (RM104.274 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM175.744 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM11.346 bilion), deposit lain (RM613.759 million), kertas Bank Negara (RM7.759 bilion), peruntukan SDR (RM8.077 bilion) dan liabiliti lain (RM4.597 billion). – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.