Pihak Berkuasa Indonesia Dibenar Penjarakan Warganya Pulang Sertai Militan

JAKARTA – Indonesia bakal meluluskan undang-undang bagi membenarkan pihak berkuasa memenjarakan sehingga 15 tahun ke atas warga negaranya yang pulang selepas menyertai kumpulan militan di luar negara, menurut ahli parlimen negara itu pada Rabu.

Menurut Agensi, tindakan mengetatkan undang-undang anti-keganasan di negara majoriti Islam terbesar itu tercetus atas kebimbangan mengenai kebangkitan penyebaran pengaruh militan dan kebimbangan ia akan bertapak di Asia Tengara.

“Kod jenayah baru ini berprinsipkan universal (sejagat) yang bermaksud di mana sahaja warga Indonesia melakukan jenayah, hukuman itu boleh turut dilaksanakan di Indonesia.

“Mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 15 tahun,” kata anggota parlimen Arsul Sani yang merujuk kepada jenayah keganasan, lapor Awani.

Sehubungan itu, tambahnya, perundangan itu bermungkinan akan diluluskan pada September.

Agensi penguatkuasa undang-undang telah lama mengeluh mengenai ketidakupayaan mereka untuk berurusan dengan individu yang ke luar negara untuk menyertai militan kemudian pulang ke Indonesia.

Pihak berkuasa juga percaya bahawa anggota militan ini mempunyai ribuan pengikut di Indonesia.

Dalam pada itu, ratusan lelaki, wanita dan kanak-kanak warga Indonesia telah pergi ke Syria pada tahun-tahun kebelakangan ini, dan kira-kira 400 warganya telah menjadi anggota militan.

Dari jumlah itu, puluhan dipercayai telah kembali ke Asia Tenggara.

Indonesia yang mempunyai kepadatan penduduk sekitar 600 juta, pernah beberapa kali mengalami serangan militan sejak insiden  11 September 2001 di Amerika Syarikat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.