Parti Generasi Baru Tak Jadi Sertai Pakatan Harapan

SHAH ALAM – Kecewa dengan pelbagai isu kepimpinan Pakatan Harapan (PH) menyebabkan Parti Generasi Baru enggan menyertai gagasan pembangkang itu pada waktu ini.

Dikatakan parti berkenaan tidak selesa dengan peranan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang seolah-olah cuba membelakangkan PKR.

“Kami juga percaya bahawa hanya PKR yang harus mengetuai Pakatan Harapan dan calon perdana menteri haruslah datang dari PKR, dan bukannya BERSATU (PPBM),” demikian memetik kenyataan Majlis Tertinggi parti itu.

Parti Generasi Baru sedang diperbaharui kepada Parti Bebas Rasuah dengan bekas senator, Datuk Ezam Mohd Noor sebagai Presiden, dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai timbalannya.

Mengulas lanjut isu kepimpinan di dalam PH, Parti Generasi Baru juga mengutarakan pandangan bahawa calon yang layak bagi jawatan Perdana Menteri PH adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR.

Pemilihan Azmin itu merujuk kepada prestasinya mentadbir Selangor selain calon yang relevan dalam situasi semasa politik di Malaysia.

MT Parti Generasi Baru juga mendakwa memperolehi ‘berita dari sumber sahih’, kononnya wujud pakatan di kalangan pemimpin PPBM dan pemimpin Umno, bahawa kumpulan itu tidak dikenakan tindakan jika sertai PPBM, sekiranya PH menang dalam PRU14.

“Kami juga percaya bahawa hanya PKR yang harus mengetuai Pakatan Harapan dan calon perdana menteri haruslah datang dari PKR, dan bukannya BERSATU (PPBM),” menurut kenyataan itu. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.