Mangsa Banjir Hulu Langat Terima Sumbangan Khas kerajaan

Penduduk Hulu Langat yang terkesan akibat banjir kilat baru-baru ini mendapat perhatian khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata perdana menteri meluluskan dana RM220,000 untuk disalurkan sebagai sumbangan khas berikutan permintaan yang diajukan agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Ia sebagai tanda prihatin terhadap keluarga yang mengalami kesukaran akibat banjir kilat tempoh hari dan untuk meringankan beban mereka di musim perayaan ini,” katanya pada majlis pemberian sumbangan itu di sini hari ini.

Peruntukan itu dibahagi kepada dua kategori iaitu bagi mangsa banjir yang berpindah dan tidak berpindah. Mereka yang berpindah dari kediaman masing-masing menerima bantuan RM500.

“Bagi yang tidak berpindah, mohon berjumpa wakil di kawasan masing-masing untuk dibuat penilaian untuk diberikan bantuan,” katanya.

Turut menerima bantuan khas ialah keluarga Allahyarham Taufik Alias, 24, yang meninggal dunia akibat lemas semasa banjir kilat tersebut.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.