Lelaki Terkurung Dalam Bank

Lelaki terkurung dalam bank selepas membuat transaksi jadi tular di media sosial.

Teman wanita kepada lelaki sempat memuat naik beberapa keping gambar lelaki itu.

Difahamkan kejadian berlaku di salah sebuah bank di Seremban.

Gadis itu menulis: ‘Saya tak tahu nak menangis atau ketawa!. Teman lelaki saya masuk ke dalam kurang 5 minit tetapi sekarang dia terkurung di dalam dan pengawal keselamatan pun tak kelihatan. Kena panggil bomba nampaknya ni!’

Difahamkan, sistem perbankan di Malaysia akan berhenti beroperasi setiap jam 12 malam dan ini termasuklah mesin ATM dan CDM.

Malah, sesetengah pintu automatik kepunyaan bank juga akan terkunci secara automatik pada jam 12 malam.

Mereka juga cuba untuk menolak pintu berkenaan tetapi tak berjaya malah tiada pengawal keselamatan kelihatan di kawasan sekitar tempat tersebut. Ini menimbulkan tanda tanya bagaimana teman lelaki wanita itu boleh terkurung di dalam bank tersebut.

Menerusi perkongsian gadis itu, teman lelakinya mahu ke bank untuk memasukkan duit manakala dia sedang tunggu di dalam kereta. Tak lama kemudian lelaki itu menelefon teman wanitanya dan mengatakan dia terperangkap di dalam bank.

‘Pada mulanya saya ingatkan dia membuat lawak sehinggalah saya pergi melihat dengan mata saya sendiri. Ketika itu ada seorang pakcik yang turut membantu untuk menolak pintu bersama-sama dan kami tergelak dengan keadaan tersebut’.

Netizen menasihati gadis itu terdapat satu butang untuk membuka pintu tersebut dari dalam tetapi lelaki itu telah mencuba dan ia tak berfungsi.

Gadis tersebut kemudian menelefon nombor syarikat keselamatan yang tertera dan seorang pekerja syarikat tersebut terkejut dengan apa yang berlaku dan pekerja itu menolong untuk membuka pintu tersebut. Selepas beberapa ketika, pintu tersebut terbuka dengan sendirinya dan teman lelaki saya pun berjaya keluar’.

Sementara itu, rata-rata netizen sempat bergurau mengenai kejadian tersebut. Seorang darinya mencadangkan agar membiarkan saja lelaki itu tidur di dalam dan menjemputnya keesokan hari.

Nampaknya, bukan lelaki ini saja yang pernah terperangkap dalam bank seperti ini, malah ada juga netizen pernah mengalami kejadian yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.