Korban Depan Bank Sekurang-Kurangnya 20

Sekurang- kurangnya 20 terbunuh akibat letupan bom kereta dekat sebuah bank di bandar Lashkar Gah, Afghanistan, hari ini, ketika kakitangan kerajaan beratur mengambil gaji menjelang Aidilfitri.

Menurut AFP, kira-kira 50 lagi cedera dalam serangan terhadap New Kabul Bank dan setakat ini, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.

Jurucakap pihak berkuasa, Omar Zwak, berkata mereka yang terbunuh ialah orang awam serta anggota tentera dan menjangka jumlah korban meningkat.

Bom itu meletup ketika kakitangan awam dan tentera berbaris di luar bank bagi mengambil gaji untuk menyambut Aidilfitri Ahad ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.