Jangan Tanya Berapa Harga Plat Kereta Baru, Kata Che Ta

Pelakon Rozita Che Wan akui tidak mengetahui harga nombor pendaftaran kereta baru miliknya, ‘RQ2174’ berjenama Haval H2, kerana bukan dia yang membelinya.

Che Ta berkata, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) berwarna merah itu merupakan hadiah daripada Haval Malaysia kepadanya sebagai tanda penghargaan menjadi duta jenama tersebut sejak Oktober tahun lalu.

“Kontrak bersama Haval diikat setahun bermula Oktober tahun lepas. Berkenaan nombor pendaftaran tu pula, saya hanya beritahu saya minat nombor plat RQ2174.

“Tidak sangka pula pihak Haval melakukan kejutan ini. Sebab itu jangan tanya pasal harga RQ2174 sebab mereka tak beritahu saya,” katanya, lapor Awani.

Sehubungan itu, Che Ta turut berkongsi rasa terujanya dapat berhari raya dengan kereta baharu.

“Alhamdulillah, meriahlah raya saya tahun ini…Selain tajaan baju raya, saya juga dihadiahkan sebuah kereta baharu,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Go Auto, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamil berkata, pihaknya berbangga kerana Che Ta sudi menjadi Duta kepada Haval Malaysia.

Tambah Azli, Go Auto berharap Che Ta akan gembira dengan Haval H2 dan rasai kehebatan SUV ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kenderaan tersebut, Che Ta memberitahu, Haval bukanlah jenama asing bagi dirinya kerana dia sudah sedia maklum mengenai produk dan status pengeluar SUV dari China itu sejak 2015.

“Pada masa itu Haval menggunakan label Great Wall Motors sebelum dijenamakan semula sebagai Haval, baru-baru ini. Saya memang sentiasa mengikuti perkembangan Haval sejak dilantik sebagai duta jenama berkenaan,” katanya.

Mengenai profil H2, Che Ta berkata, SUV tersebut adalah satu-satunya model Haval paling premium yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia setakat ini.

“Semua ciri yang ada pada SUV jenama lain juga ada pada H2. Sebutlah apa saja, 6 beg udara, bumbung suria, ABS, ESP, TPMS, brek parkir elektronik (EPB), punat tekan mula dengan masukan pintar, sokongan lumbar elektrik boleh laras untuk kerusi pemandu, kerusi pemandu elektrik boleh laras 6-cara, kamera undur, sistem multimedia, lampu siang (DRL) dan banyak lagi.

“Harga ditawarkan pula cukup berbaloi bermula serendah RM89,950, termasuk GST dan insurans bagi transmisi manual manakala varian premium cuma bermula dari harga RM101,950. Puluhan ribu lebih murah berbanding pesaing SUV lain,” jelasnya.

Katanya, kualiti ditawarkan SUV H2, dan juga satu lagi model hatchback dengan gaya crossover, H1 nyata sangat memuaskan.
 
“H2 diberikan waranti 5 tahun atau 150,000km perbatuan, dan model H1 pula diberikan waranti 7 tahun. Pusat servis pula ada di seluruh Malaysia . Jadi memang tidak perlu risau sangat pasal masalah alat ganti dan baik pulih,” tambahnya.

Che Ta menerima H2 berharga RM 130, 000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.