Janda Ahmad Dhani Bakal Menikah Ahli Perniagaan Kaya?

Artis Indonesia Maia Estianty telah lama menjanda selepas bercerai dengan Ahmad Dhani. Mereka mempunyai tiga anak lelaki sepanjang tempoh perkahwinan lalu iaitu Al, El, dan Dul.

Namun, baru-baru ini tersebar khabar bahawa Maia Estianty akan menikah dengan seorang ahli perniagaan kaya, Irwan Mussry. Keduanya pernah berada di Magribi untuk menonton Grand Prix di waktu dan tempat yang sama.

Dikhabarkan Maia Estianty sudah melakukan beberapa persiapan menjelang hari pernikahannya. Salah satunya membentuk jawatankuasa untuk majlis perkahwinannya dan memberikan pakaian seragam.

Bagaimanapun hingga kini baik Maia Estianty maupun Irwan Mussry masih belum membuka mulut bagi mengulas mengenai khabar angin tersebut.

Irwan Mussry merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PT Timerindo Perkasa Internasional.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.