Hati-hati Apps Alquran Yang Tidak Tepat

ARAB SAUDI – Lambakan Aplikasi Al-Quran nyata memudahkan para pengguna namun perlu berhati-hati kerana sesetengah aplikasi tersebut  tidak tepat dan pengguna khususnya umat islam perlu berhati-hati memilih aplikasi yang tepat.

Begitulah pengumuman yang dilakukan oleh  para pegawai dari Liga Muslim Sedunia setelah mendapat aduan gara-gara terdapat kesilapan dalam sesetengah ayat Quran, lapor laman Saudi Gazette.

 

Aplikasi tersebut dikatakan telah dihasilkan melalui sumber yang tidak dikenalpasti yang mengakibatkan ia sukar disemak oleh  jawatankuasa dan para pakar yang bertauliah.

Justeru itu, berikut ialah beberapa aplikasi dan laman sesawang yang diluluskan oleh Pertubuhan Penghafalan al-Quran Antarabangsa, menurut laman Saudi Gazette:

. Almadina Al-Munawwarah Quran

· Quran flash: www.quranflash.com

· The Holy Quran application

· The Holy Quran app dibiayai oleh Sheikh Saad Almousa dan Sheikh Abdulaziz Almousa

· Bayan Quran

· Electronic Quran by King Saud University: www.quran.ksu.edu.sa/
– Agensi berita/nk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.