Eropah Catat Suhu Paling Panas

LONDON – Cuaca panas yang melanda Eropah menyaksikan London mencatatkan suhu paling panas sejak tahun 1976. 

Menurut AFP, rekod United Kingdom bagi bulan Jun, Britain mencatatkan suhu lebih 30 darjah selsius dalam lima hari pertama bulan ini dengan timur London merekodkan 33.9 darjah selsius.

Manakala, Portugal berdepan dengan kebakaran hutan. 

Sehubungan itu, lebih seribu anggota bomba masih bertungkus lumus memadamkan kebakaran di tengah negara itu yang menyaksikan 64 orang terkorban setakat ini. 

Suhu sekitar 35 darjah selsius, direkodkan di seluruh Eropah termasuk Itali, Austria, Belanda dan Switzerland. 

Dua kebakaran hutan turut berlaku di pantai Adriatic, selatan Crotia, menyebabkan pihak berkuasa memindahkan 800 pelancong, lapor RTM.

Di Itali , pakar kaji cuaca meramalkan cuaca panas boleh mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun. 

Ia melebihi lapan darjah selsius daripada suhu biasa yang dicatatkan pada musim panas iaitu 39 darjah selsius di Milan dan lebih 30 darjah selsius di kawasan pergunungan Alps pada ketinggian 1,000 meter.   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.