Sindiket Pengedaran Dadah Warga Afrika Tumpas

KUALA LUMPUR – Satu lagi sindiket pengedaran dadah di Lembah Klang tumpas selepas empat lelaki warga Afrika ditangkap di dua lokasi berbeza di Sungai Buloh dan Sri Damansara, Petaling Jaya.

 

Difahamkan seorang suspek ditangkap di Sungai Buloh manakala seorang lagi ditahan di Sri Damansara, kira-kira pukul 11 malam tadi.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitter-nya memberitahu, suspek ditahan bersama tujuh kilogram kokain dan 800 gram syabu.

 

“Syabas STING @PDRMsia mlm tadi berjaya tangkap 4 Warga Afrika dan rampas lebih 7 kilogram Cocaine dan 800 gram Syabu di Sg. Buluh dan Damansara. ‘Go PDRM Go’,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.