Pelakon Putri Mardiana Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Khalwat

PETALING JAYA – Pelakon Putri Mardiana dan pasangannya, Shahrizan Abdullah mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat yang dikenakan terhadap mereka.

 

Kedua-dua pasangan itu masing-masing dikenakan bon jaminan sebanyak RM1,500 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Selasa.

 

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin menetapkan 25 Ogos depan sebagai sebutan semula kes bagi membolehkan pasangan itu melantik peguam untuk mewakili mereka.

 

Menurut laporan media sebelum ini, Putri Mardiana, 34, dan Shahrizan, 31, telah ditahan di sebuah premis kediaman di Ukay Perdana, Hulu Klang berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 14 Disember tahun lalu.

 

Mereka ditahan mengikut seksyen 29 (1) A dan B Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan jika disabitkan kesalahan pasangan berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Bagaimanapun Putri Mardiana atau lebih mesra dengan sapaan Nina dalam satu kenyataan kepada mStar Online bertarikh 17 Disember 2014 memberitahu kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah atas sebab-sebab tidak dijelaskan selain mendakwa mereka tidak bersalah.

 

Pelakon itu mendakwa serbuan tersebut sengaja dirancang oleh bekas teman lelakinya dan bekas isteri Shahrizan dengan tujuan untuk memalukannya. – Mstar

One thought on “Pelakon Putri Mardiana Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Khalwat

  • February 2, 2019 at 2:01 am
    Permalink

    Khalwat tk kira rancang ke betul ke tipu ke??.. bersebab bukti tetap khalwat??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.