Jari Hancur Angkara Mercun

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang hancur jari tangan kiri akibat terkena mercun di Kampung Tanjung Sepat, Kuala Langat, malam tadi, dilaporkan stabil selepas menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

 

Pengarah HTAR, Dr Ding Lay Ming, ketika dihubungi mengesahkan kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital berkenaan malam tadi.

 

“Pesakit dirujuk ke HTAR pada jam 9.30 malam tadi dan kini di bawah seliaan pakar bedah tulang kami,” katanya kepada BH sebentar tadi.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam semalam, mangsa dikatakan sedang bermain mercun dipercayai dari jenis ‘A-Boom’ bersama-sama rakannya di hadapan rumah keluarga kanak-kanak itu.

 

Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Sepat untuk rawatan awal, sebelum dipindahkan ke HTAR untuk rawatan lanjut. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.