Gangguan Bekalan Air Di Petaling Jaya Malam Ini

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Seksyen 14 dan 22 Petaling Jaya akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan air, malam ini.

 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam satu kenyataan berkata gangguan akan berlaku dari jam 9 malam hingga jam 3 pagi Rabu.

 

Menurut SYABAS, gangguan bekalan air itu berikutan kerja menaik taraf sistem retikualasi bekalan air , iaitu pengaktifan Zon ‘Air Scouring’, untuk program peningkatan kualiti air di Seksyen 14 dan Seksyen 22, Petaling Jaya.

 

Antara kawasan yang terbabit ialah Jalan 51/227; Jalan 51/227A hingga Jalan 51/227C; Jalan 14/47 hingga Jalan 14/62; Jalan 14/64; Jalan 22/32, Jalan 22/34, 22/34A,22/36, 22/38, 22/40, 22/42, 22/42A, 22/45, 22/47, 22/49, 22/51, 22/53, 22/55 dan 22/57.

 

Sementara itu pada 30 Jun, gangguan bekalan air akan melibatkan kawasan sekitar SS 2, Petaling Jaya berikutan kerja menaik taraf sistem retikualasi bekalan air juga.

 

Kawasan yang terbabit ialah SS 2/2 hingga SS 2/8, SS 2/8A, SS 2/9 hingga SS 2/15, SS 2/15A, SS 2/16 hingga SS 2/21, SS 2/22A, SS 2/23, SS 2/25 dan SS 2/45.

 

Syabas menasihatkan pengguna supaya membuat persediaan awal dengan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan itu.

 

Pengguna boleh memuat turun aplikasi sistem mySYABAS atau melayari laman sesawang SYABAS iaitu www.syabas.com.my untuk maklumat berhubung kerja-kerja berjadual ini. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.