Jangan Hanya Nama Sahaja Islam – Tun Mahathir

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD ialah pemimpin yang dihormati umat Islam di seluruh dunia kerana kelantangan beliau menyuarakan penentangan terhadap penindasan dan kezaliman yang dideritai penduduk dunia terutama di Palestin dan Bosnia Herzegovina.

Sewaktu masih bergelar Perdana Menteri, beliau terkenal tidak gentar mengkritik Barat dan kuasa besar atas sikap dwi-standard terhadap apa yang berlaku di negara Islam dan Dunia Ketiga, sehingga Dr. Mahathir dianggap mewakili suara mereka.

Dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia di pejabatnya di Tingkat 86, Menara Berkembar Petronas (KLCC) minggu lalu, beliau tidak lupa mengulas perkembangan keadaan di negara-negara Islam yang terus bergolak sejak Arab Spring melanda dan menyaksikan banyak pemerintahan Islam tumbang dan rakyatnya berbunuhan sesama sendiri.

Berikut sambungan wawancara yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia, semalam.

 

UTUSAN: Apa komen Tun tentang situasi kekacauan di Asia Barat yang semakin teruk terutama di Iraq?

DR. MAHATHIR: Kita nama sahaja orang Islam tetapi kita tak amal ajaran Islam. Kita buat benda yang bertentangan dengan agama Islam. Agama kita kata orang Islam adalah bersaudara, kalau ada masalah rundinglah, ini berbunuhan sesama sendiri.

Bila naik Syiah, bunuh Sunni. Naik Sunni, bunuh Syiah. Sekarang ini Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki ialah Syiah dan dia tekan Sunni. Timbalan dia yang nombor dua itu, dia nak tangkap orang itu. Saya jumpa dengan orang itu di Turki. Dia cerita kepada saya, dia nak kena tangkap, sebab itu dia lari ke Turki kerana dia Sunni.

Ini jadi dengan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL), dia memberontak dan ini puak Sunni. Dia bunuhlah. Apabila berperang, manusia bukan manusia lagi dah, dia buat benda yang tak baik.

Jadi ini tak mengikut ajaran Islam. Nama sahaja Islam. Orang Islam tak boleh buat apa-apa kepada mayat, tidak dibenarkan. Tetapi tengoklah apa yang berlaku di Iraq, dia tembak, dia tendang dan dia buat macam-macam.

Ini Islamkah? Bagi buruk nama Islam sahaja.

Kumpulan ini sebenarnya buat kerja untuk Israel dan rejim itu duduk bertepuk tanganlah. Orang Islam sesama Islam berbunuhan. Lebih seronok berbanding tengok bola sepak.

Tidak bolehkah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memainkan peranan sebagai pendamai?

DR. MAHATHIR: Negara-negara OIC, tak boleh bersetuju langsung. Kalau ada satu pihak memihak kepada pihak ini, yang lain akan menentang. Sebab itu, OIC tak boleh berjaya.

Saya sudah bercakap dengan orang Arab tentang politik. Dia dengar dan kata Malaysia bagus. Kalau kita bagus turutlah apa yang kita buat. Kita di Malaysia tak berperang dengan kaum-kaum lain. Ya kita bertengkar, tapi taklah sampai nak bunuh-membunuh.

Kita ada permusuhan antara Pas dengan UMNO, tetapi taklah sampai nak bunuh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya pun tak kena bunuh juga.

Ini sesama orang Islam pun nak berbunuhan. Sebab itu, orang kata di Jepun, kita akan melihat Islam tetapi bukan orang Muslim. Di negara-negara Arab, kita akan menjumpai orang Muslim tetapi bukan Islam.

Saya juga pernah pergi ke Mesir sebanyak dua kali iaitu sebelum dan selepas Mohammed Mursi dilantik sebagai Presiden. Saya kata kat dia, kalau nak demokrasi, awak kena sanggup kalah. Kalau awak nak menang sahaja, saya ingat awak tak boleh dapat demokrasi, awak akan sentiasa berperang sahajalah.

Tiap kali kalah, kita tuduh kumpulan yang satu lagi menipu dan tarik dia turun. Bila kita naik, orang tuduh kita menipu dan tarik kita turun. Macam di Bangladesh.

Sepatutnya kita terima apabila kalah. Tunggulah sampai pilihan raya seterusnya. Tunjuklah kepada rakyat kita lebih baik dan mungkin kita boleh menang.

9 thoughts on “Jangan Hanya Nama Sahaja Islam – Tun Mahathir

  • June 23, 2014 at 6:47 pm
    Permalink

    Negara islam malaysia pula di mata dunia, terdiri dari orang asli yg percaya amalan khurafat seperti bomoh. Mereka pun kata kita buat malu islam.

    Reply
  • June 24, 2014 at 11:53 am
    Permalink

    Tun Mahathir
    You are a wise man, hope malaysia minister share your wisdom

    Reply
  • June 24, 2014 at 1:44 pm
    Permalink

    yes Tun Mahathir is wise indeed and so does the jews. but just being wise does not qualify one to become a pious person (like the jews).

    Reply
  • June 24, 2014 at 2:35 pm
    Permalink

    salam bulan ramadhan utk semua. Jelas bnyak cacat d pincangnya sosial orang2kita. Gagal mmpraktik ilmu muafakt. Ibarat ayam dduk ats pdi msih klaparan. Bgitulh org islam duduk dlm dunia islm tapi tak terserap. Pnaksiran diri gagl hrapkn tguran org lain d komn aja. Mreka ini ibrat blndfolded driver. !!! Kalo matabukapun tapi cermin dpan ktor tak bersihkn cloudy juga.!!! Accdnt slalu. !!!Gduh d bnuhtulah accdnt sosial!!! 🙂 sama2 kita basmikn accdnt sosial. Ok!

    Reply
  • June 24, 2014 at 3:15 pm
    Permalink

    dengar cerita anak tun punya kliang arak san maguel kat filipin, ne islam apa pulak, tun tolong jelaskan dlm email saya .

    Reply
    • June 24, 2014 at 7:29 pm
      Permalink

      iman tak diwarisi, ya saudara…

      Reply
    • June 24, 2014 at 8:39 pm
      Permalink

      iman tak diwarisi ya hj..dgr la lagu raihan

      Reply
  • June 24, 2014 at 7:27 pm
    Permalink

    Salam…sunni adalah islam…minta maaf shiah bkn islam…terang lagi bersuluh kafir…tun anti yahudi…hakikat shiah lagi zalim dr yahudi dan nasrani sebab kebencian mereka pada sunni berkaitan akidah mereka bunuh sunni dapat pahala dan disitu mereka dapat kekuatan dan sanggup menjadi zalim termasuk pada kanak2 dandan wanita.ulamak islam sepakat seluruh dunia sebab tu priority jihad di syria malahan itulah terkandung dlm hadis rasullullah tentang perang akhir zaman utk mencapai daulah islam dlm perjalanan menantikan turun nabi isa dan imam mahdi.

    Reply
  • June 24, 2014 at 8:53 pm
    Permalink

    A typical idealist comment.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.