Rafizi dan Nik Nazmi kalah, Nurul Izzah Timbalan Presiden PKR yang Baharu

- Advertisement -

JOHOR BAHRU, – Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas tewas kepada pencabarnya, Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan parti yang berlangsung petang tadi.

Keputusan rasmi diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR menyaksikan Nurul Izzah meraih sokongan majoriti 9,080 undi. Undi yang diperolehi Rafizi tidak diumumkan.

Ini bermakna hanya sekitar 20 ribu daripada 31 ribu orang perwakilan yang layak mengundi dari seluruh negara telah melaksanakan tanggungjawab mereka.

Sementara itu bagi jawatan Naib Presiden, Datuk Seri Amirudin Shari menduduki tangga pertama dengan 7, 955 undi, diikuti oleh R. Ramanan 5,895 undi, Datuk Seri Aminudin Harun 5,800 undi dan Chan Lih Kang , 5,757 undi.

Kemenangan Nurul Izzah yang juga merupakan anak kepada Presiden PKR dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencipta sejarah baharu dalam parti apabila beliau kembali ke barisan kepimpinan tertinggi selepas beberapa tahun menyepi daripada jawatan politik utama.

Proses pemilihan berlangsung secara hibrid, membabitkan undian fizikal dan dalam talian, dengan penyertaan perwakilan dari 222 cabang PKR.

Selain Rafizi, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad turut tumpas dalam pemilihan Naib Presiden.

Pemilihan kali ini dianggap sebagai antara yang paling sengit dalam sejarah PKR, memandangkan kedua-dua calon membawa reputasi besar serta pengaruh tersendiri dalam kalangan ahli dan penyokong parti.

Kemenangan Nurul Izzah dijangka memberi nafas baharu kepada PKR menjelang persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), selain mencerminkan kehendak akar umbi untuk melihat kombinasi kepimpinan lama dan baharu dalam meneruskan agenda reformasi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat