Ops Sky: TPR sudah terima kertas siasatan sindiket perdaya ribuan penjawat awam – SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung sindiket pinjaman kewangan yang memperdayakan ribuan mangsa khususnya penjawat awam sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR), sejak dua minggu lalu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya percaya kes berkenaan akan ke peringkat seterusnya kerana bukti-bukti sudah dikemukakan oleh pegawai penyiasatnya.

“Saya ingin nyatakan, kes membabitkan syarikat penasihat kewangan yang disyaki membayar rasuah kepada pegawai-pegawai perbankan sehingga menyebabkan ramai kakitangan gagal membayar (hutang bank) sudah disiapkan.

“Kertas siasatan berkenaan juga sudah diserahkan kepada TPR sekitar dua minggu lalu. Ketika ini ia berada dalam kajian dan saya percaya tindakan seterusnya akan dilakukan berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh,” lapor BH di Putrajaya.

Akhbar itu sebelum ini melaporkan SPRM menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan dengan pegawai bank di beberapa institusi kewangan.

Ia hasil penahanan 12 individu dalam serbuan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) di 24 lokasi melalui Ops Sky, meliputi rumah kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang pada Isnin.

Siasatan mengesan hampir RM700 juta pinjaman bank diluluskan kepada peminjam yang kemudian terjerat dengan sindiket menawarkan bantuan kewangan, yang bermula sejak era pandemik COVID-19.

Sebanyak 98 akaun syarikat dan individu bernilai lebih RM22 juta dibekukan oleh SPRM berhubung sindiket pengubahan wang haram yang didalangi syarikat perunding kewangan.

Akibat kegiatan itu, ramai penjawat awam tersenarai dalam status bankrap kerana melakukan pinjaman bank ‘luar biasa’ selepas tiada lagi bayaran yang akan disumbangkan oleh sindiket.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat