Ketibaan Rafizi disambut laungan reformasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Laungan reformasi mengiringi kehadiran Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli di pusat mengundi pada pemilihan peringkat Pusat di Johor Bahru pada petang Jumaat.

Rafizi yang hadir kira-kira jam 4 petang meluangkan masa 5 minit untuk mengundi sebelum beramah mesra bersama penyokongnya.

Ditanya kenapa lewat ‘muncul’, Rafizi berkata, mengundi hanya mengambil masa singkat.

“Saya makan dulu tadi. Lagipun, bukan ada apa pun nak buat sekarang. Undi hanya lima minit. Jadi, siapkan apa yang patut dulu, jadi saya bertolak lepas solat Jumaat tadi. ‘So, just nice time’ ni,” katanya.

Kehadiran Ahli Parlimen Pandan itu hanya disedari pengamal media yang sedang mengikuti perbahasan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2025 selepas terdengar laungan ‘reformasi’ yang agak kuat.

Pada masa sama, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi itu menegaskan beliau akan hadir ke Majlis Perasmian Kongres Nasional PKR 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, malam ini, lapor BH.

Beliau turut mengesahkan kehadirannya pada Kongres Nasional PKR pada esok.

“Saya akan hadir malam ni. Esok pun. Awat tak hadir pula?” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat