BERSATU Sahkan Sertai PRN Sabah, Fokus Kerusi Potensi dan Perkukuh Perikatan Nasional

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengesahkan penyertaan rasmi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang, dengan fokus kepada kerusi-kerusi yang dikenal pasti mempunyai potensi kemenangan tinggi untuk parti itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung BERSATU, Mohamed Azmin Ali, menerusi satu kenyataan media hari ini susulan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang dipengerusikan oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“MPT membahaskan peranan dan strategi BERSATU dalam PRN Sabah. BERSATU akan menyertai pilihan raya ini dan telah mengenal pasti kerusi-kerusi yang mempunyai potensi baik untuk dimenangi,” katanya.

Menurut Azmin, rundingan bersama beberapa parti politik di Sabah akan diteruskan bagi membina persefahaman dan kekuatan bersama ke arah memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat negeri itu.

MPT turut meneliti perkembangan terkini berkaitan usaha menjalin muafakat politik yang lebih luas bersama parti-parti yang berpengaruh dan berpengalaman di Sabah.

“Usaha ini diyakini dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap BERSATU dalam menyediakan kepimpinan yang mampu menjamin masa depan negara yang cemerlang,” katanya lagi.

Jawatankuasa rundingan tersebut diketuai oleh Naib Presiden, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin bersama beliau selaku Setiausaha Agung untuk memperhalusi dan memuktamadkan bentuk kerjasama strategik yang akan digerakkan.

Dalam masa sama, MPT turut menetapkan komitmen untuk memperkukuh Perikatan Nasional (PN) dan menggerakkan jentera pilihan raya di semua peringkat termasuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat