Video: Netizen Sifatkan Klip Video Tun M Dan Isteri Lupa Lirik Sebagai ‘Comel’

KUALA LUMPUR – Para pengguna laman media sosial menyifatkan klip video Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang terlupa lirik ketika mengucapkan Selamat Hari Raya sebagai comel.

Melalui klip video berdurasi 31 saat itu, Tun Mahathir dan isterinya dilihat cuba untuk menyampaikan rangkap lagu Selamat Hari Raya yang pernah dipopularkan oleh Biduan Negara, Saloma.

“Selamat Hari Raya, itulah…” kata Tun Mahathir sebelum ditambah Saloma oleh Tun Siti Hasmah berkata Saloma.

Tun Mahathir kemudian berkata beliau dah terlupa rangkap yang seterusnya sambil disambut dengan gelak ketawa oleh kedua pasangan tersebut.

Rata-rata pengguna Twitter berkata kedua pasangan tersebut sebagai sangat comel dan manis.

Malah tidak kurang juga yang memuji tindakan Tun Siti Hasmah yang mengenakan tudung di dalam klip video tersebut.

Tinjauan SuaraTV mendapati klip video Pengerusi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter @iamajayrahman itu telah menerima 9,134 retweet dan 7,145 Like. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.