Terima Mesej Memualkan, Wanita Luah Perasaan Di Facebook

KUALA LUMPUR – Tindakan segelintir lelaki hidung belang yang menyalahgunakan rangkaian media sosial dengan menghantar pelbagai mesej yang memualkan dibidas.

Pensyarah Kanan Sekolah Pengajian Kemanusiaan dan Sains Sosial Kolej Universiti Poly -Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM), Dr Sharifah Syahirah Syed Sheikh berkata, beliau berharap agar mereka yang berkenaan untuk menghormati dirinya yang telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata.

“Salam Ramadhan, kepada yang ingin saya add sebagai rakan Facebook, kalau perempuan tiada masalah. Tapi kalau lelaki perlulah hanya untuk kerja atau bincang isu semasa.

“Makcik dah tak larat baca message pelik lagi memualkan. Saya bukan 20an atau 30an. Dah berkahwin with a wonderful person & ve 3 amazing kids. #BeRespectful #KawanBiarIkhlas,” luahnya di akaun Facebook sebentar tadi.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata kenalan memintanya agar bersabar di atas gurauan tersebut.

Malah ada yang menyifatkan lelaki-lelaki tersebut adalah merupakan peminatnya kerana beliau sering muncul di kaca televisyen.

Sharifah Syahirah yang juga merupakan penganalisa politik sebelum ini sering di undang untuk memberikan pandangan berhubung perkembangan politik tanahair selain isu-isu berkaitan wanita. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.