Semalam Ucap Tahniah Pembentukan Kabinet, Hari Ini SPAD Kena Bubar

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) membubarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di sambut baik masyarakat.

Semalam SPAD melalui laman Facebooknya memuatnaik poster bagi mengucapkan tahniah kepada barisan kabinet yang baharu dilantik.

Tinjauan SuaraTV di laman-laman media sosial mendapati rata-rata menyokong keputusan tersebut sambil menyifatkan SPAD gagal menjalankan peranan seperti yang diharapkan.

“SPAD memang patut dibubarkan (kerana) tiada fungsi langsung. (Hanya) tahan lori lebih muatan, JPJ kan ada (tapi) dia (SPAD) juga nak tahan lori. Habis semua engkau nak cekau duit rakyat,” bentak Ismy Zai.

“Padan muka SPAD, dulu blagak sangat sekarang padan muka. Saya ingat lagi pegawai SPAD yang menjaga di Terminal Bersepadu Selatan En Marzuki, bukan main berlagak sekarang apa dah jadi,” bidas Khairul Din pula.

“Selamat tinggal SPAD, tak pernah satu pun laporan saya tentang kenderaan awam diambil tindakan. Memang patut berambus,” tegas Anyah MK.

“Baru je ucap tahniah hari ini kena bubar dah, apa pun terima kasih atas jasa dan bakti SPAD,” ujar Nur Farhah Ain pula.

Malah ada di kalangan para pengguna media sosial yang tidak berpuas hati, turut menyarankan agar kakitangan SPAD yang bakal kehilangan kerja untuk memohon jawatan sebagai pemandu Grab.

Kerajaan PH pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
melalui sidang akhbar mesyuarat pertama Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini mengumumkan pembubaran SPAD.

Menurut Mahathir, peranan SPAD akan dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.

Turut menerima nasib yang sama ialah Majlis Profesor Negara (MPN), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.