Lemak Bakar Jadi Pilihan Pengunjung Bazaar Ramadan Di Kota Bharu

KOTA BHARU — Lemak yang dicucuk lidi dan dibakar semacam sate menjadi juadah cukup laris dekat sini setiap kali menjelang puasa.

Salah satu gerai yang diusahakan Mohd Amiruddin Deris, 31, di bazaar Stadium Sultan Muhammad IV dapat menyediakan hingga 75 kilogram lemak daging pada hari biasa.

Bekalan diperoleh dari pembekal barangan sejuk beku dan jumlah lemak akan meningkat kepada 100 kilogram di hari minggu.

Menurut Amiruddin, meskipun terdapat tiga gerai lain menjual menu sama, tetapi pembeli tetap memilih tempatnya.

“Boleh dikatakan, saya menjadi perintis kepada peniaga lain di bazar ini untuk turut menjual lemak bakar kerana mendapat sambutan pengunjung terutama pada bulan Ramadan,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

“Sudah 12 tahun saya berniaga di bazar ini dan setiap kali Ramadan kebanyakan pengunjung sudah mengenali saya dan akan mencari untuk membeli lemak bakar. Ia habis dijual hampir setiap hari.”

Resipi perapan lemak dan daging diilhamkan abangnya Khairul Anwar Deris 40. Ia mengambil masa selama 12 jam. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.