Katy Perry Kritik Gaun Pengantin Diraja, Meghan Markle

KUALA LUMPUR – Gaun perkahwinan pengantin diraja, Meghan Markle mendapat perhatian seluruh dunia. Ada yang menyukai gaun rekaan Clare Waight Keller untuk Givenchy itu namun ada juga yang berpendapat gaun itu terlalu biasa dan ringkas.

Bukan netizen sahaja yang memberi pendapat, bintang popular Katy Perry turut mengkritik gaun tersebut.

Menurut laporan Huffington Post, penyanyi lagu Swish Swish itu mengaku tidak menyukai gaun Markle menerusi sebuah rancangan bual bicara Entertainment Tonight.

“Kalau saya, pastinya saya akan melakukan sesi ukuran sekali lagi. Tetapi saya sayang awak,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Perry juga membanding-bandingkan gaun pengantin Markle dengan Kate Middleton.

“Kate adalah pemenang tetapi maaf saya tidak mahu beritahu apa alasannya,” tambah Perry.

Pada hari perkahwinannya, Middleton menyarung busana rekaan Sarah Burton daripada Alexander McQueen dengan perincian renda.

Bagaimanapun pada akhir temu bual, Perry mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin diraja tersebut dan mengakui dia begitu mengagumi Markle.

“Saya gembira melihat kebahagiaan mereka. Semua yang dilakukan oleh Meghan sangat luar biasa. Dia seorang yang feminis dan saya sentiasa menyokong dia sebagai sesama wanita.

“Saya harap mereka berdua bahagia,” jelasnya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.