Gambar Kucing Hulur Tangan Terima Makanan Di Bazar Ramadhan, Viral

Oleh: Zulkifli Rawi

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang peniaga bazar Ramadhan yang menghulur makanan kepada seekor kucing viral di media sosial.

Gambar yang memaparkan kucing tersebut sedang menjengkit sambil menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan tersebut disifatkan sebagai comel.

Malah rata-rata penguna media sosial turut memuji tindakan lelaki tersebut sebagai pemurah kerana bersikap ihsan terhadap sesama makhluk.

Paling menarik ada di kalangan netizen yang turut membuat dialog pendek bersifat lucu berdasarkan gambar tersebut.

“Nah duit pakcik, singgit je kan,” tulis Azman Ahmad bagi mengambarkan kononnya kucing tersebut sedang membeli juadah untuk berbuka puasa.

“Ambil pakai tangan mana tu? Mak tak ajar macam tu ish ish kamu ni,” ujar Jaizah Saim seolah-olah memarahi kucing tersebut kerana mengambil makanan mengunakan tangan kiri.

Gambar yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter Arisha Arisha itu sehingga kini menerima hampir 11 ribu retweet dan 14,745 Like. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.