Bilik Transformer Planetarium Melaka Musnah Dalam Kebakaran

MELAKA – Bilik transformer yang terletak di luar Kompleks Planetarium Melaka, Ayer Keroh, di sini musnah dalam satu kebakaran tengah hari tadi.

Pegawai Perhubungan Bomba Melaka, Penguasa Kanan Bomba, Hafidzatullah Rashid yang dihubungi Bernama hari mengesahkan perkara itu.

“Kebakaran tersebut telah menyebabkan bilik transformer planetarium yang terletak di luar kompleks Planetarium Melaka musnah 100 peratus,”katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan pada pukul 11.46 pagi tadi dan jentera dengan 23 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, BBP Bukit Katil dan BBP Jalan Kubu bergegas ke lokasi kebakaran.

“Operasi memadam kebakaran masih dilakukan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.