Polis Robot Di Dubai

Dubai – Polis Dubai semalam melancarkan khidmat polis robot pertamanya yang akan digunakan untuk meronda jalan raya di sekitar bandar raya itu.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pintar Polis Dubai, Brigadier Khalid Nasser Al Razouqi berkata, pelancaran robot polis yang pertama di dunia itu adalah penting bagi Dubai dan ia langkah ke arah untuk merealisasikan wawasannya menjadi pemimpin global dalam melaksanakan bandar raya pintar.

Robot setinggi 170 sentimeter dan seberat 100 kilogram itu dilengkapi dengan pengesan emosi yang boleh mengenali gerak geri serta isyarat tangan sejauh 1.5 meter.

Ia juga boleh mengesan emosi dan ekspresi muka manusia – sama ada invididu itu gembira, sedih atau tersenyum.

Apabila meronda di jalan raya, polis robot itu yang dilengkapi teknologi pintar terbaru boleh menggunakan perisian pengenalan muka untuk membantu polis mengenal pasti dan menangkap pesalah selain menyalurkan video secara langsung ke bilik operasi polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.